Tuesday, January 31, 2012

Membaca melalui Phonic

Amazing.. Amazing..
Luar biasa.. Luar Biasa..


Minggu ini minggu kelima persekolahan.. Dan baru 2 hari saya ajar anak-anak murid saya memcantumkan bunyi.. Nampak tuaian semakin membuahkan hasil.. Sudah ramai yang sudah bole membaca.. Walhal, pada awal persekolahan sudah ramai yang lupa menyebut dan mengenal huruf sebab cuti yang panjang..


Kesempatan ini, saya berusaha 'twist'kan kaedah membaca mereka dengan bunyi "phonic"..


Dalam 4 minggu berturut-turut saya mengulang bunyi huruf setiap hari tanpa stress tetapi digantikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik..


Dan hari ini, saya rasa BBM saya tidak cukup untuk memperkukuhkan ingatan mereka.. Dalam masa sejam yang lalu, saya telah menyiapkan BBM untuk dicetak dan esok boleh digunakan untuk mengulangkaji semula.. Anak-anak murid saya juga sangat excited bila tiba-tiba mereka menyebut dengan betul, mencantum bunyi  dan terus membaca..


Inilah bahan tersebut..





sesiapa yg nak, bole print di atas kertas warna dan laminatekan.. :)

0 comments: