Monday, April 12, 2010

6 tahun masuk persekolahan??? setuju atau tidak??


Sudah lama saya ingin berkongsi pendapat tentang isu di atas.. Isu ini diminta dibincangkan oleh Menteri Pelajaran kita sendiri.. jadi, dengan adanya blog ini.. saya ingin memberikan pandangan dan pendapat saya sendiri..

Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan pemilihan umur 6 tahun di masukkan ke Tahun 1. Walaupun, banyak negara di luar sana telah memulakan alam persekolahan lebih awal dari umur 7 tahun.. tetapi perlu diingat, bahawa sistem pendidikan mereka tidak sama seperti sistem pendidikan di Malaysia.. sistem pendidikan di UK seumpamanya adalah lebih bebas dan lebih fokus.. Murid2 boleh memilih bidang yang diminati mereka sejak mereka kecil.. Ibu bapa pulak bertindak sebagai pendorong dan galakan supaya minat dan cita-cita mereka dapat dicapai..

Di Malaysia, kita memberikan hak pendidikan asas yang sama rata kepada semua penduduk.. Malah, telah diwajibkan anak-anak kecil dihantar ke sekolah pada usia 7 tahun.. setelah mereka beranjak umur 16 tahun atau berada di tingkatan 4, barulah mereka diberikan pilihan untuk memilih bidang yang diminati...

Sebagai guru prasekolah, saya menilai anak2 murid saya melalui pemerhatian terhadap tingkah laku mereka.. Pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan kelakuan dan perkembangan sepanjang tahun.. Murid-murid saya terdiri daripada umur 5 tahun dan 6 tahun.. Dari sini juga, saya melihat perbezaan yang amat ketara antara murid berusia 5 tahun dan 6 tahun walaupun jarak beza umur mereka hanya setahun!

Selalunya, pada awal tahun... murid 6 tahun lebih bersedia dari murid 5 tahun.. ini mungkin kerana mereka telah matang dan diberikan pendedahan awal ke prasekolah pada umur 5 tahun.. dan juga mungkin input yang diberikan oleh ibu bapa di rumah.. murid 5 tahun, akan kelihatan resah, menangis, risau, takut dan sebagainya.. bagi mereka, rumah adalah tempat paling selamat dan ibu bapa adalah tempat mereka berlindung! bagi murid yang tidak pernah bersekolah, relakah para guru tahun 1 untuk melayan kerenah dan rengekkan anak-anak ini yang meronta ingin pulang??? pun begitu, pemikiran dan kesediaan murid 6 tahun, adalah tidak termasuk menerima arahan dan disiplin yang lebih ketat, arahan guru yang lebih tegas dan jadual waktu yang lebih padat!

disebabkan itu, jadual di prasekolah adalah lebih santai dan banyak melakukan aktiviti berbentuk belajar melalui bermain.. malah, tujuan utama prasekolah itu sendiri adalah untuk memberikan kesediaan mental dan fizikal anak-anak ni sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.. jika, tempoh ini disingkat, saya tidak rasa segala pelajaran dan sistem yang dilakukan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan! memandangkan emosi dan psikologi anak-anak kecil ini yang telah dicantas.. kemungkinan juga, kita akan melahirkan anak-anak yang gemar memberontak!

mungkin ada juga yang menyatakan, anak-anak 6 tahun sudah ramai yang boleh membaca... ya, mereka boleh membaca.. tetapi atas daya usaha keras yang dilakukan oleh guru di sekolah, bantuan ibu bapa di rumah serta kemahuan anak itu sendiri.. mereka hanya boleh membaca, tetapi kematangan minda mereka belum sampai ke tahap penakulan dan konsep yang lebih tinggi... sungguh pun, ramai yang boleh membaca.. tetapi hanya berapa % sahaja yang lancar dalam segala subjek?? mungkin 1:100 di Malaysia ini... sedangkan masih ramai lagi murid yang keciciran dan memerlukan bantuan khusus dan intensif seperti di prasekolah..

dari segi sistem pendidikan pula, kemungkinan kita perlu merombak semula sistem sekolah dan prasekolah... tahap murid tahun 1 perlu direndahkan bersesuaian dengan tahap umur mereka.. mungkin pada ketika ini, latihan 3M perlu dipergiatkan.. sistem di prasekolah juga, perlu diperendahkan lagi.. bersesuaian dengan umur 5 tahun.. bukankah ianya satu kerugian dan kita memerlukan belanja yang lebih banyak untuk penyediaan kurikulum, latihan guru, kursus dan sebagainya...

pada pendapat saya, sistem pendidikan yang kita gunakan sekarang sudah sesuai dan releven untuk pendidikan awal kanak-kanak... saya suka dengan kurikulum prasekolah kebangsaan (KSPK) yang dilancarkan pada tahun ini.. kerana, ianya tidak terlalu membebankan murid dan guru.. cuma, ianya perlu dikaji semula samada waktu persekolahan masih dikekalkan kepada 4 jam ataupun kembali kepada 3 jam 30 minit seperti tahun2 sebelum ini.. kerana, murid dan guru lebih penat kerana tumpuan penuh dan terus menerus selama 4 jam..


saya berharap, apa yang dibincangkan ini dapat memberikan perhatian dan gambaran yang sebenar dari sudut guru prasekolah yang seharian bersama anak-anak kecil ini... semoga kita tidak membuat suatu penilaian yang salah demi generasi akan datang...

2 comments:

Cahaya Rumahku said...

kesiannya jika 6thn dah masuk sekolah..betui kata aznee, jiwa anak2 blm bersedia. tmbhn dgn slibus membebankan..


mungkinkah akn makin bertambah insan yg klihatan normal tp sakit mental suatu hari nanti.. na'uzubillahi min zalik.

a.z.n.e.e said...

Cahaya Rumahku:

ya.. itu yang paling dirisaukan sebenarnye... moga2 akan ada yang membuka mata...