Tuesday, March 16, 2010

Pertandingan Membutang Baju!


Tema : Kebersihan Diri

Bersempena tema pada minggu lepas.. saya telah mengajar anak2 murid saya memakai butang baju... di penghujungnya, saya membuat Pertandingan Membutang Baju!!

amat menarik!!

sebab saya dapat melihat gaya, emosi, penaakulan dan seterusnya penguasaan motor halus anak2 murid saya...

kelakar pun ada apabila melihat masih ada murid saya yang tidak tahu mengenakan baju secara berdikari... Rupa2nya selama ini ibunya sahaja yang memakaikan dia pakaian... Walaupun sudah berusia 6 tahun... Pada saya, tidak salah jika memberi peluang anak2 ini mencuba dan berdikari walaupun kita sangat sayangkan mereka!

Disebabkan tidak pernah mengenakan pakaian sendiri.. ada yang memakai baju terbalik... kolar di bawah dan hujung baju berada di bahagian atas... Ada yang pakai baju terkalin!! Yang di dalam dikenakan di bahagian luar!! Ada juga yang memakai butang seperti Pak Uda di dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu! iaitu butang bawah dikenakan di lubang atas...

Tapi tidak satu pun saya marahi atau perli atas kesalahan mereka.. Sebab saya mahu mereka terus mencuba dan bermotivasi... Yang salah, saya perbetulkan dan nasihatkan!!!

Semoga mereka menjadi lebih berdikari, mahu mencuba, bermotivasi dan seterusnya semakin mahir menggunakan kemahiran mata-tangan!


Muhammad sangat teliti dan cekap!! Alhamdulillah!! Pemenang Tempat Pertama!


.. semangat untuk mencuba dan menang...

... kesian adik sorang ni... Kolar baju pun terbalik.. Tapi tak apa... Boleh cuba lagi!!

1 comments:

a.z.n.e.e said...

sorry sebab ada masalah di setting menyebabkan anda semua x boleh komen... tapi sekarang sudah boleh!!!