Tuesday, October 29, 2013

Sambutan Hari Jadi PraKreatif 2013

Tahun ni kami buat sambutan Hari Jadi di KFC pula.. Selalunya di McDonald.. Tahun ni kita beralih angin memandangkan KFC di RTC Gopeng ada taman permainan dan baru dibuka..

Tentatif kali ini ada acara baru iaitu bermain Sand Art.. Sand Art ni sangat bagus untuk koordinasi mata dan tangan anak-anak kecil ini.. Mereka juga akan belajar untuk fokus dan teliti dalam bekerja.. Selain itu, ianya bagus sebagai pengukuhan terhadap objek, garisan pemisah, lingkungan, ruang, warna dan sebagainya..

Bagi kita mungkin nampak mudah dan remeh, tetapi bagi mereka mungkin inilah permulaan atau pengukuhan ilmu sedia ada.. Anak-anak murid saya majoritinya, ini adalah pengalaman mereka yang pertama bermain Sand Art ini..

Syukur.. Semoga pengalaman ini banyak membina diri mereka sendiri..









Kad Sand Paper.. Murid boleh pilih gambar kegemaran mereka samada : hello Kitty, Ultraman, Princess, Winx, Keretapi, Bot dan sebagainya. Ada 20 pilihan gambar. Dan setiap murid berpeluang mewarnakan 2 kepingkan!

Terdapat 12 pilihan pasir berwarna..

Semua kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu..

Wali suke sangat!

Oh oooo...

Selepas sarapan, 10 murid pertama beratur memilih kad pilihan hati!

Semua beratur dalam barisan mendengar penerangan cara mengonyakkan stocker pada kertas.

Selepas itu, murid boleh mula menaburkan pasir berwarna tersebut :)




50% hampir siap!

10 murid yang lain bergembira bermain alat permainan yang ada di sini!


10 kumpulan yang kedua.. Puan Intan selaku event manager membantu anak-anak kecil ini..

Ada juga yang tak sabar-sabar nak buat lukisan yang kedua.. Oklah! Sila kan...

"Cikgu, cantik tak?" "Cantik, sayang!"


Semua selesai menyudahkan 2 keping kad!!



..DISEBALIK TABIR..

Ummie Ila..

Cikgu Roziana

Ustazah Zalekha

Pn. Intan as Event Manager bagi Sand Art
Untuk perkhidmatan, sila hubungi 018-2880079

Cikgu + Photoghrapher


Terima kasih untuk semua yang terlibat!


2 comments:

Anonymous said...

Interesting Activities...Good Job Aznee. ..Happy Budak2. ..

a.z.n.e.e said...

Terima kasih.. sememangnya utk mereka.. kesayangan kami!!