Friday, August 29, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan ke- 57

Sambutan Kemerdekaan tahun ni disambut secara sederhana sebagai menghormati kesedihan mangsa-mangsa MH370 & MH17.. Namun, sambutan perlu disambut memandangkan murid-murid yang berbeza setiap tahun dan kepentingan patriotisme haru diserap dalam jiwa mereka walaupun masih kecil..
Oleh itu, sambutan kali ini hanya dijalankan di dalam kelas kami sahaja bersesuaian dengan tema mingguan iaitu KEMERDEKAAN!!

ALhamdulillah walaupun kelas kami baru dibuka untuk 4 tahun dan 3 tahun dibawah penyeliaan saya.. Saban tahun kami menerima ibubapa yang sentiasa menyokong setiap aktiviti yang kami jalankan dan memberikan kerjasama yang sangat-sangat baik.. Malahan rasanya hubungan kami seperti adik-beradik.

Kami amat-amat berterima kasih atas kerjasama dan usaha ibubapa menjahit baju-baju sempena 
PERTANDINGAN BAJU KEMERDEKAAN TERCANTIK DAN KREATIF. Seterusnya, memberikan kegembiraan dan semangat patriotisme kepada anak-anak kecil ini..

Sekalung tahniah diberikan kepada anak-anak yang berjaya.. Yang tidak berjaya, In sha Allah tahun depan masih berpeluang  lagi... Semoga panjang umur dan murah rezeki kita akan anjurkan lagi pelbagai aktiviti-aktiviti yang lain.

TEMPAT PERTAMA
ZULFIKAR
Gaya seorang Bapa Kemerdekaan

TEMPAT KEDUA
NORZARA ALEESYA
Gaya kreatif seorang superhero Malaysia

TEMPAT KETIGA
NUR ALIFAH ILYANA
Serikandi Harapan Malaysia

TEMPAT KE-EMPAT
FAKHRUL MUKMININ
Gaya penyanyi Sudirman

SAGUHATI
MIOR AFIQ HAZMI

Tahniah untuk ibubapa dan anak-anak PraKreatif ternyata anda semua sangat2 kreatif!!

0 comments: