Sunday, April 4, 2010

Pemeriksaan Gigi

seperti biasa bulan Mac / April akan ada pemeriksaan gigi untuk murid-murid prasekolah...

pada awalnya, semua anak murid saya ketakutan... tetapi saya berjaya memujuk mereka dengan alasan.. "doktor hanya nak bilang ada berapa batang gigi jer..." huhuhu... tambahan pula mereka sebelum ini telah diajar dan didedahkan dengan penjagaan gigi.. di mana setiap hari, mereka akan menggosok gigi selepas makan pagi..

selepas pemeriksaan gigi dilakukan, jururawat melaporkan bahawa peratus gigi baik meningkat pada tahun ini.. jadi, saya kira saranan dan galakkan yang diberikan oleh pihak KK kepada murid prasekolah adalah berjaya..
dari langkah yang dijalankan, kes kerosakan gigi menurun seterusnya mengurangkan kos rawatan gigi kepada orang ramai.. disamping kebaikan kepada individu masing-masing di mana memiliki gigi yang sihat dan hidup yang lebih bermakna...

namun, masih ada murid yang memerlukan rawatan susulan seperti tampalan dan cabutan.. serta sapuan krim Florida.. murid yang mempunyai risiko gigi rosak sahaja akan mendapat rawatan sapuan krim Florida untuk mencegah gigi rosak.. pada pendapat saya, anak-anak sekarang beruntung kerana telah mendapat pendedahan awal tentang penjagaan gigi serta mendapat rawatan percuma serta kaedah baru mencegah gigi rosak melalui sapuan krim Florida..

oklah, jom kita tengok gambar pulak..
.

semua suspen bila tengok kawan2 duduk atas kerusi tue... bila nurse start gerudi untuk mencuci... semua pandang muke saya "cikgu... cikgu... dia nak buat ape tue cikgu..." ada yang muke cuak nak menangis.... lepas tue saya senyum dan beritahu "nurse tue nak cuci gigi yang berlubang tue.. tadi kan kita dah makan nasi semua... nak keluarkan la kotoran semua... kalau ade ulat, boleh la buang... kalau ada ulat gigi, itu yang rosak gigi tue..." "oooo..."

semua anak murid saya sinonim dengan nama "ulat gigi"... semua nak bunuh ulat gigi tue dengan cara gosok gigi... taknak bagi ulat gigi tue makan gigi sampai gigi kuning dan rosak!



bagus Athirah.. bersemangat! belum apa-apa lagi dah nganga gigi... huhuhu...


.. takut tapi berani... berani tapi takut!

.. "cikgu balik kelas dulu yea..." ada yang senyum tapi geleng kepala... ada yang muka cuak tapi angguk2 tapi nak nangis..... adoi.. kesian pulak... akhirnya, cikgu temankan semua sehingga selesai... nasib baik hari ini ramai yang tak datang!
sempat lagi jeling cikgu sekejap... cikgu tunjuk "thump up!"

.. tahan sikit.. anak2 murid cikgu mesti berani!

0 comments: