Wednesday, January 2, 2013

My 3D House

As salam semua,

Lupa nak wish "Happy New Year".. pastinya semangat di awal tahun ni, ada banyak benda baru yg nak kita lakukan kan?

2 hari lepas saya ada upload My 3D Playground, harini saya nak sambung upload My 3D House pulak.. Rumah ni saya letakkan bersebelahan dengan taman permainan aritu..

Anak2 murid saya sangat2 excited bila tengok ada miniture kecil kat satu sudut di kelas.. Tapi awal, kami sudah remind dan disiplinkan mereka supaya sayangkan harta benda di dalam kelas dan jaga dengan baik.. So far, mereka faham dan menghormati apa yang saya cuba sampaikan.. Mereka hanya lihat sambil tunjuk dan berbual2 tentang miniture ini..

Saya faham tentu mereka berimaginasi!!

Tingkat Bawah: Ada dapur, rak kabinet yang 3D serta kerusi meja makan beserta teko dan cawan.. Sengaja saya susun kerusi dan meja it senget seperti telah digunakan..

Bahagian luar sebelah kiri rumah:
Ada rumah anjing, anak anjing, pagar dan pintu dapur.
Anak murid saya ada yang bertanya "Kenapa ada anjing? Kita boleh bela anjing ke?
Saya jawap "Ini rumah orang Cina, jadi dia boleh bela anjing..."

Saya mahu mereka faham bahawa kita tinggal di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Bahagian luar sebelah kanan rumah:
Ada rumah burung, tingkap, pasu bunga

Rumah burung berjaya menarik minat ramai anak murid saya.. :)

Depan rumah:
Ada pagar, kucing sedang bermain dan seorang kanak-kanak sedang siram bunga

Tingkat Atas rumah:
Ada bilik tidur, rak buku dan katil bersama alat permainan

:)

Saya harap usaha ini akan membantu anak-anak murid saya lebih berimaginasi dan meningkatkan pelbagai kemahiran lain..



1 comments:

Anonymous said...

Askum..cantiknya playground ni..beli kat mana