Thursday, December 10, 2009

MBM MBI

saya baru sahaja selesai menghadiri Kursus KSPK mengenai sukatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran Prasekolah... secara umumnya, rombakan besar yang dibuat di seluruh Malaysia adalah untuk memperbaiki pendidikan di negara kita... dari yang lama ke baru.. dan dari yang baik kepada yang lebih baik... dan perlulah kita percaya bahawa tiada yang salah dalam pendidikan selagi ianya tidak memudaratkan dan tidak melanggar undang2 negara, kan?? Antara rombakan yang dibuat adalah:
  • 4 jam pembelajaran prasekolah setiap hari... iaitu dari jam 8 am hingga 12 pm... ianya untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk keperluan membaca sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar... seperti yang kita sedia maklum, cabaran mendatang memerlukan murid-murid untuk sedia tahu membaca sebelum melangkah ke darjah satu...
  • penggunaan 50% Bahasa Melayu dan 50% Bahasa Inggeris... ini merupakan satu cabaran untuk semua guru2 prasekolah dalam mendidik murid-murid dalam bahasa Inggeris... ini adalah untuk menyahut cabaran kerajaan demi menuju ke arah dasar pendidikan baru yang dilancarkan iaitu Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris (MBM MBI)...
  • modul pembelajaran yang lebih menggembirakan kanak-kanak... yeay.. modul kali ini dilihat lebih mudah, menyenangkan dan menggembirakan kanak2.. bukan hanya kanak2, tetapi juga guru prasekolah... penekanan tentang Belajar Sambil Bermain menjadi keutamaan... ustazah dan ustaz juga boleh menarik nafas lega kerana silibus telah dikecilkan dan lebih fokus ke arah asas pendidikan awal agama sahaja..
  • selain itu, guru prasekolah juga akan menerapkan pendidikan seks di sekolah... ianya adalah atas kesedaran masalah dan gejala culik, pencabulan dan rogol ke atas kanak2... amat menyedihkan apabila melihat mangsa rogol ini tidak memahami kepentingan menjaga alat sulit dari peringkat awal.. dan tidak memahami apa itu alat sulit??? hanya kerana masyarakat kita malu untuk memperkatakan nama bahagian sulit tersebut apatah lagi memperkatakan kepentingan menjaga maruah diri dari disentuh oleh orang lain... jadi, para ibu bapa di luar sana jangan terkejut sekiranya anak anda ada memperkatakannya apabila pulang di rumah...
walau apapun, demi kepentingan bersama... kerjasama dari ibubapa dan masyarakat amt diharapkan... atas satu kepentingan iaitu kanak-kanak adalah permata ibubapa, masyarakat dan negara...

... dia, permata yang perlu dilindungi dan disayangi...

0 comments: