Saturday, December 12, 2009

sudahkah anak anda bersedia bersekolah??

cuti sekolah hampir tamat... sudahkah anda mendaftarkan nama anak anda ke prasekolah??

adakah anak anda sudah bersedia untuk ke sekolah??? ramai dikalangan ibubapa yang merasa ragu-ragu samada mahu menghantar anak mereka ke sekolah.. antara sebabnya, adalah anak anda tidak mahu ke sekolah... walaupun sudah berusia 6 tahun...

sebagai guru sekolah, saya ada sedikit panduan untuk anda mengetahui tahap usia yang sesuai untuk anak anda ke prasekolah... untuk pengetahuan ada, prasekolah bersedia menerima kanak-kanak dari 4 tahun ke 6 tahun.. namun, ianya bergantung kepada syarat2 yang telah ditetapkan oleh kementerian.. keutamaan diberikan kepada murid berusia 6 tahun dan ibubapa/ penjaga berpendapatan kurang daripada rm1500 sebulan.. dengan had maksima 25 murid setiap kelas..


pada pendapat saya, umur yang amat ideal untuk kanak-kanak ke prasekolah adalah 5 tahun dan 6 tahun... ini kerana dari pengalaman saya dan guru2 prasekolah yang lain, kami berpendapat faktor umur amat penting untuk memberikan kesan yang lebih efektif terhadap kanak-kanak terutama sekali meliputi kesediaan mental dan fizikal mereka untuk belajar dan memahami ilmu yang disampaikan oleh guru..

kenapa bukan 4 tahun?? dari apa yang saya perhatikan dan pelajari.. pada usia 4 tahun murid masih belum bersedia untuk belajar... mereka lebih cenderung untuk bermain... oleh itu, golongan ini jika ke sekolah mereka tidak dapat memberikan tumpuan semasa guru mengajar dan sering mengganggu rakan2 yang lain yang ingin belajar.... oleh itu, pada usia ini kehadiran murid ke prasekolah adalah tidak membantu murid itu sendiri, murid lain ataupun guru sendiri.. walaupun beza umur mereka adalah setahun, namun perlu diketahui bahawa taap kematangan mereka adalah jauh berbeza...

selalunya, pada usia 5 tahun, kanak-kanak harus dipupuk supaya sudah mencintai ilmu.. sekali gus sebagai pendedahan untuk mereka meminati untuk mengenali ABC... dengan suasana yang ceria dengan teknik yang betul, kanak-kanak dikatakan boleh membaca... setelah tahu membaca, mereka akan lebih minat untuk belajar dan belajar dan terus belajar... setelah berusia 6 tahun, mereka boleh menumpukan perhatian kepada kemahiran motor halus seperti memegang pensel dengan betul, menggunting, mewarna dan seterusnya menulis...

cuba bayangkan, jika anak anda memasuki prasekolah pada usia 6 tahun sahaja... walaupun tahap kesediaan otak kanak-kanak sudah matang, tapi mungkin murid tidak dapat menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik terutama menulis kerana mereka sibuk menguasai kemahiran membaca.. jika murid itu seorang yang cekap dan cepat ianya adalah satu kerugian baginya yang mempunyai potensi yang tinggi dan baik... ada juga kes dimana, murid yang bijak tidak mempunyai tulisan yang kemas.. ini mungkin disebabkan kemahiran motor halus yang kurang kerana mereka memberikan tumpuan kepada membaca dan menulis pada umur 6 tahun sahaja.. jika dibiarkan, kemungkinan tulisan tidak kemas itu akan terbawa2 sehingga dewasa..
oleh itu, berilah galakan awal kepada anak anda supaya mencintai ilmu dan memberikan kesediaan mentalnya untuk ke sekolah lebih awal... ini adalah demi kebaikan mereka juga... seperti yang saya katakan dan saya sarankan.. umur terbaik kanak-kanak ke prasekolah adalah seawal 5 dan seterunsnya 6 tahun.. perlu juga diketahui bahawa silibus tahun 1 sekarang adalah jauh berbeza dari silibus tahun 1 pada 80an atau 90an... jadi, adalah perlu murid sedia tahu membaca ketika melangkah ke tahun 1 kelak...

0 comments: