pelat?? kenapa ada kanak2 pelat?? dan kenapa ada yang tidak??
serious kah pelat ini??
anak murid saya ada yang pelat.. sehingga enam tahun... walaupun, bila kita dengar.. it seem like funny and comel bila mereka berbahasa sedemikian kian... tapi perlukah kita biarkan?? dan perlukah kita teruskan mendengar dan senyum tanpa sebarang tindakan??
pada fahaman saya.. kanak-kanak pelat sejak awal umur mereka dan bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka bermula dari rumah... iaitu sebelum melangkah ke sekolah...
selalunya kami dapati kanak-kanak pelat disebabkan mereka ini dimanjakan di rumah... ya, kanak-kanak memang sering manja dengan orang dewasa tetapi biarlah berpada-pada... janganlah kerana sayangkan mereka, kita pula membiarkan mereka mengulangi suatu kesalahan tanpa sebarang teguran...
ada dikalangan kanak-kanak yang dikurniakan lidah yang pendek.. namun, tidak dinafikan.. ada dikalangan ibubapa yang sering menukar bunyi sesuatu sebutan bahasa seolah-olah mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri... tahukah kita bahawa, jika kita sebagai orang dewasa mengajuk bahasa kanak-kanak.. seolah-olah kita mengajar mereka semula dengan bahasa yang salah... sedangkan, kanak-kanak hanya menerima sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah... kerana mereka sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima sesuatu yang diajar itu...
perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'.. contohnya.. susu ditukarkan menjadi syusyu.. sibuk ditukarkan menjadi syibuk.. sayang ditukarkan menjadi syayang..
sedarkah kita, bahawa sekiranya ia tidak diperbetulkan... ianya akan kekal digunakan hingga dewasa.. saya pernah melihat rakan saya sendiri yang sehingga ke sekolah menengah masih lagi pelat... dia sendiri tersedar kesalahan sebutan bahasanya setelah rakan-rakan sering mengejek dia pelat dan menyatakan dia seperti kanak-kanak bercakap... dan ada juga yang mengatakan bahawa dia sengaja berbuat demikian serta seorang yang mengada-ngada... rakan saya itu menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan untuk bergaul...
atas kesedaran ini, sebagai orang dewasa, kita harus mengajar kanak-kanak ini berlaku betul... bukan sahaja tingkahlaku dan perbuatan.. tetapi juga dalam aspek bahasa... ajarlah mereka menyebut perkataan dan sebutan dengan betul seawal usia mereka dan cuba elakkan membetulkan kesilapan mereka setelah mereka dewasa...
bak kata orang-orang tua.. "Lebih Baik Mencegah daripada Merawat..."
0 comments:
Post a Comment