anak buah saya ini berpotensi tinggi tetapi mungkin disebabkan jarang ke sekolah, jadi dia menjadi semakin leka dan gemar bermain dari belajar... buku-buku memang banyak dibelikan oleh ibubapanya tapi tidak terusik...
jadi, saya cuba meneliti buku2 tersebut.. bukunya agak mahal dan berkualiti tinggi dari luarnya.. tetapi di dalamnya.... tidak dapt menarik minat anak buah saya... kenapa???
1. aras yang tinggi - hanya muka surat 1 dan 2 sahaja latihan yang mudah... muka 3 dan seterusnya membuatkan kanak-kanak bosan sebab mereka tidak tahu membaca secar lancar.. cth: muka surat 1 : a, e, i, o, u
muka surat 2 & 3: bahan berkaitan bunyi a, e, i, o, u
muka surat 4 & 5 : padankan gambar dengan perkataan yang susah dan panjang... cth :kacang.. kanak-kanak seharusnya dikenalkan dengan sukukata terbuka terlebih dahulu.. cthnya : baca, buku, satu dll....
2. tulisan (font) yang tidak sesuai - menggunakan tulisan berekor.. kanak-kanak yang masih baru mahu mengenal huruf tidak dapat mengenal huruf a seperti a roman di dalam surat khabar... berbanding a yang diajar di sekolah...
3. tidak menarik - tidak berwarna, terlalu kompleks, tidak menumpu iaitu terlalu banyak gambar dan arahan di dalam satu muka surat... seharusnya, satu muka surat, satu arahan sahaja.. contohnya : warnakan buah-buahan sahaja.
4. objektif - ya, saya terjumpa buku latihan yang berobjektif??? apakah ini??? saya jadi naik angin bila tengok buku latihan kanak-kanak 6 tahun berobjektif??? apa sebenarnya tujuan mereka membuat latihan seperti ini?? suruh mereka berfikir, menilai, menganalisis dan membezakan?? jika bergambar mungkin boleh dimaafkan.. tetapi di dalam bentuk ayat yang panjang?? pada saya, murid tahun 2 pun akan menangis kalau diberikan latihan seperti ini...
Pada hemat saya, ibubapa atau guru-guru, tidak perlulah memilih buku yang terlalu mahal tanpa mengenali isi pengisian di dalam buku tersebut... teliti terlebih dahulu... tidak salah memilih buku walaupun banyak... tetapi nilai dahulu.. jangan sampai kita seperti mendera kanak-kanak ini memaksa mereka menyiapkan kerja-kerja di dalamnya.. mungkin tahap anak anda belum sampai di situ... pastikan mulakan yang mudah, kemudian yang susah... yang simple kepada kompleks... kerana yang paling penting, dapat mengekalkan minat mereka untuk membaca dan belajar...
Apabila melihat keadaan anak buah saya itu, saya mungkin tersedar dan belajar sesuatu dan memberikan serba sedikit panduan kepada ibubapanya bagaimana memilih buku latihan kanak-kanak prasekolah... walaupun kita nampak, ianya mudah... tetapi agak kompleks untuk mereka..
Dalam hal sebegini, kita juga perlu alert dengan silibus kanak-kanak prasekolah... kadang-kadang buku yang dijual seperti hanya memenuhi pasaran sahaja.. dan kadang2 ianya terkeluar dari silibus... itu apa yang saya sering perhatikan sebelum membeli sesebuah buku... walaupun, jurujual sering menyatakan buku mereka mengikut silibus kerajaan.. namun, tetap menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti semula... semuanya, demi anak-anak kecil kita...
0 comments:
Post a Comment