Wednesday, April 21, 2010

Cara Menggunakan Butang Kognitif

Cara Menggunakan Butang Kognitif:




1. Keluarkan butang-butang dari bekas casing... Letakkan butang-butang secara bercampur dan rawak..


2. Minta anak anda memilih satu butang dari satu warna tertentu. Kemudian masukkan ke dalam lubang casing yang pertama.. Dituruti butang kedua dan seterusnya...Dan pastikan mereka mengisi mengikut urutan lubang yang kosong sekiranya tiada pilhan warna butang yang telah dipilih. Untuk pertama kali percubaan, anda boleh tunjukkan caranya supaya anak anak anda lebih mudah faham.


3. Sambil mereka bermain, anda boleh memperkenalkan bentuk dan warna butang tersebut..


4. Biarkan mereka bermain dan mencuba.. Jika anda ada 2 set butang atau lebih yang sama saiz.. Anda boleh campurkan butang tersebut dan arahkan anak anda susun mengikut warna yang sama.. Walaupun, berlainan bentuk, lihat kebolehan anak anda mengasingakan butang mengikut warna dengan betul..


5. Diakhirnya, anda juga boleh mengajar anak anda mengira butang tersebut mengikut warna masing-masing..



Selamat Mencuba!!!


4 comments:

azhariahzuber said...

aku tak sabar nak main butang dgn ana..wah apahal aku plak teruja

a.z.n.e.e said...

azza:
itu harus... sure ko excited punye! huhuhu... hope korang berdua enjoy nanti!

Kaseh NazLieza said...

erm...first time tgk mainan ni...mcm menarik...ehehehe

p/s : inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax..lawati

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

a.z.n.e.e said...

nazlieza,
tq untuk singgah sini.. nnt jengah lagi yea~~~