Sunday, April 18, 2010

Peranan Butang...

Saya sudah lama nak upload post ni.. tapi masa tak mengizikan dan saya agak sibuk...

Kali ni saya nk berkongsi lagi penggunaan BUTANG dalam P&P saya... Idea ini semua datangnya dari kursus Montessori yang saya hadiri pada Disember 2009 yang lalu.. cuma, saya improvisasi serba sedikit supaya ia lebih menarik...

Butang kali ini saya gunakan yang lebih besar dan lebih menarik bentuknya...


1. Bintang



2. Love




3. Teko



Dari hasil 'interview' atau 'questionaire' dari anak2 murid saya.. saya dapati mereka lebih sukakan bentuk butang yang terbaru ini! berbanding bentuk yang terdahulu yang lebih kecil.. kerana ia mudah butang ini lebih besar dan mudah untuk dipegang dan bersesuaian dengan bentuk fizikal jari mereka yang lebih kecil...

Hasil dari penggunaan butang ini, saya dapati salah seorang anak murid saya yang mempunyai masalah fokus sudah banyak berubah...

Dan paling mengejutkan saya, dia telah boleh mengenal huruf dan boleh membunyikan huruf tersebut.. dan kini, dia sudah boleh menggabungkan konsonan dan vokal yang membunyikan perkataan tersebut!

Hanya dengan modal yang sedikit beserta praktis yang mudah dan ringkas, masalah kurang fokus ini dapat diatasi... Jika saya terus memaksa dia menghafal atau mengenal huruf seperti kaedah biasa, mungkin masalah sebenar tidak dapat diselesaikan sebenarnya...

Jadi, Alhamdulillah... saya berharap dengan 'Butang' ni dapat membantu dan menceriakan anak-anak murid saya yang lain pada masa akan datang! dan bagi saya, butang ini sesuai digunakan dalm BBM bagi murid berumur 4 tahun ke atas! Malah, murid yang lebih cekap seperti umur 6 tahun, masih boleh digunakan kerana mereka boleh memperbaiki kemahiran kognitif dan logika mereka!


2 comments:

Lovely Bella said...

comey2 laa butang2 nih... hehheh kalo buh kat teddy bear mesti comey.. salam singgah.. nice blog!! sudah di follow... :)

a.z.n.e.e said...

tq.. yea.. betul...

mmg sgt comey utk buat hiasan... comey sgt!!