Tuesday, January 12, 2010

Lego dan Imaginasi



semalam semasa aktiviti fizikal, saya mengajak anak2 murid saya bermain lego...

hasilnya adalah seperti ini:




apakah ini?? mungkin roket.. mungkin robot ataupun ialah permulaan penciptaan transformers!!??





taman fantasi... oleh murid perempuan.. ada butterfly.. ada menara.. so perfect!!



... pemilik taman fantasi...

lego sebenarnya boleh membantu kanak-kanak dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan... di mana, kanak-kanak mencantumkan satu blok ke blok yang lain dengan tepat pada ruangan atau lubang yang betul..

selain, ianya amat membantu kemahiran logikal mereka... seperti mengenal warna, ruang, saiz dan bentuk...


dan juga membantu kemahiran berfikir dan imaginasi kanak-kanak supaya lebih kreatif dan inovatif...


dalam aktiviti tersebut, saya amat terharu melihat hasil kerja mereka... walaupun, kebanyakan alatan lego telah uzur... tetapi mereka masih boleh menghasilkan kreativiti yang amat menarik... dalam aktiviti ini, saya membiarkan mereka bermain bebas tanpa sebarang arahan.. saya lebih gemar melihat mereka berimaginasi dan berusaha menghasilkan suatu ciptaan...

0 comments: