Thursday, February 11, 2010

Montessori - Seriasi



sori sebab sudah lama saya tidak update blog... semenjak sesi persekolahan prasekolah 4 jam pada tahun ini, kami guru2 prasekolah agak keletihan kerana bekerja tanpa henti untuk 4 jam terus-menerus... habis sahaja waktu sekolah, rasa ingin berehat sahaja.... mungkin kepenatan juga menyebabkan blog ini kian bersawang hebat... huhuhu...

oklah, lupakan sekejap hal tersebut... pada cuti sekolah yang lepas, ada sebilangan guru prasekolah yang berpeluang dihantar berkursus Montessori... hem... saya memang sejak dulu sangat2 suka akan kaedah p&p yang dijalankan oleh Montessori... dan saya amat berbesar hati dihantar berkursus selama 4 hari 3 malam di Teluk Batek...

jadi, di sini saya ingin berkongsi salah satu kaedah yang dijalankan...

bahan yang digunakan adalah:
- butang berwarna
- butang berlainan bentuk
- kontena (untuk simpan butang)

kaedah ini adalah di bawah Sains dan Teknologi iaitu Matematik... kerana ianya melibatkan bentuk, warna, rupa iaitu seriasi...

keistimewaan pada anak murid yang saya perhatikan:

- mereka menjadi lebih fokus kerana memerlukan penumpuan untuk memilih, mengasing dan mengumpulkan butang mengikut warna, bentuk, rupa yang sama ke dalam sesebuah ruang kontena...
- melatih koordinasi mata-tangan iaitu memegang objek dan meletakkan objek di tempat yang betul
- mereka menjadi lebih teliti
- menarik minat murid kerana butang berwarna-warni
- kaedah ini adalah salah satu kaedah Belajar Melalui Bermain

kesesuaian kaedah:

- sesuai untuk semua murid iaitu dari 4+ hingga 5+
- amat sesuai untuk murid yang mempunyai masalah untuk fokus
- boleh dijalankan secara berkumpulan atau individu
- juga boleh dijalankan semasa aktiviti bertulis dan diselangkan dengan permainan ini - murid yang menulis, belajar bersabar menunggu giliran untuk bermain...
- jika murid telah cepat memegang dengan jari, boleh digantikan dengan penyepit untuk mengambil dan mengumpulkan objek...

... kanak-kanak cerdas juga meminati aktiviti ini...

.... Iman Khan, merupakan salah seorang anak murid saya yang kurang fokus... semasa aktiviti dijalankan kelihatan dia lebih tekun dan fokus... di akhirnya.. Iman Khan berjaya mengasingkan butang dengan baik dan kelihatan dia juga berpuas hati dengan kerjanya..

Saya berharap, saya boleh membantu lagi anak-anak murid saya yang lain dengan pelbagai aktiviti yang lain lagi...

Insyallah, saya akan upload lagi kaedah Montessori yang saya pelajari lagi di entry yang lain... Guru yang berminat, bolehlah mencubanya... Begitu juga dengan para ibu bapa... Saya percaya ibu bapa juga boleh mengasuh anak dengan aktiviti sebegini di rumah... Insyallah...

1 comments:

tapak sulaiman said...

cikgu boleh x ajar saya tentang kaedah matematik yg digunakan montessori...(penambahan,penolakan,bahagi n kali)